15 September 2009

Biskut Pulau Bidong..

Assalamualaikum.....

Cuaca yang indah lagi menyegarkan. Aku adalah seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu, UMT. UMT nie terletak kat Kuala Terengganu. Setiap pelajar baru diwajibkan menyertai satu aktiviti wajib yang satu-satunya ada kat UMT sahaja. Aktivitinya ialah pergi ke Pulau Bidong. Lebih kurang macam pergi perkhemahan lar. Dengar dari cerita senior, diorang kata seronok. Sebelum pergi ke Pulau Bidong, kami semua diberi sedikit taklimat. Kami tidak dibenarkan bawa sabun, syampu, pencuci muka dan barang-barang yang seangkatan dengannya. Ini kerana barang-barang ini boleh meyebabkan coral yang ada di Pulau Bidong tu rosak dan pupus. Kami diagihkan mengikut course masing-masing untuk pergi ke sana. Kami merupakan kumpulan kedua yang akan menetap di Pulau Bidong selama 3 hari 2 malam. Selepas itu, kami juga diagihkan lagi menjadi 4 kumpulan kecil iaitu kumpulan udang, ketam, jerung dan pari.

HARI PERTAMA @ Pulau Bidong

Pagi nie kami akan bertolak ke Pulau Bidong. Semalam, bertungkus-lumus mengemas barang-barang yang hendak dibawa dengan SATU beg sahaja. Pukul 7.15 pagi, kami diarahkan berkumpul di depan pondok suksis. Selepas diberikan sdikit taklimat, kami p0n naik bas UMT. Berkobar-kobar waktu nak pergi tu. Sampaikan sarapan pon tak sempat nak makan. Sebelum sampai ke Pulau Bidong, kami kena naik bot. hanya kenderaan tu sahaja, yamg boleh digunakan untuk sampai ke sana. kami naik bot sorang pak cik nie, tengah sedap-sedap layan perasaan dengar bunyi deruan air laut tiba-tiba bot tu berhenti sendiri. Kami pon tanya lar pak cik tu kenapa, pak cik tu kata enjin bot tu rosak. Takut jugak bila tiba-tiba berhenti, kat tengah laut pulak tu. Seram sejuk rasanya. Kalau korang pon mesti takut punya. Sampai kat sana, kami disuruh duduk mengikut kumpulan. Aku merupakan ahli kumpulan UDANG. Kat sana pon kami diberi taklimat pasal Pulau Bidong nie. Pulau Bidong nie merupakan tempat penyelidikan UMT. Terutama bagi pelajar marin. Berkenalan dengan semua fasilitator, doktor, tukang masak dan semua yamg bertugas kat Pulau Bidong. Fasilitator kumpulan UDANG ialah Kak Jurit. Kak Jurit merupakan pelajar UMT jugak. Kak Jurit telah konvo bulan 7 ari tu. Lepas itu, kami terus disuruh pakai safety jacket untuk buat aktiviti yang dipanggil sebagai WATER CONFIDENT. Sebelum buat aktiviti tu, kami disuruh belajar berenang dulu. Belajar berenang tu je pon, aku dah telan banyak ain masin. Aku rasa cukup satu botol aku telan. Kalau sedap tak pa lar, tapi masin betul. Kami pOn berenang ke arah bot berhampiran untuk buat aktiviti tu. Sebelum nak sampai ke bot, kaki kami telah disengat dengan obor-obor comel. Tak rasa sakit tapi gatal. Susah sikit lar nak mengaru waktu dalam air tu. Sampai kat atas bot, sorang fasi buat demo camne nak buat aktiviti nie. Fasi suruh yang lelaki buat dulu, lepas tu baru perempuan. Aku merupakan orang terawal yang lakukan. Sebenarnya, WATER CONFIDENT nie ialah terjun dari atas bot yang agak besar ke dalam laut. Sebelum nak terjun, tangan kiri tutup hidung, tangan kanan peluk bahu. Jangan lepas sampai kita timbul balik dari air tu. Lepas semua dah buat, kami berenang balik ke pantai. Pastu kami makan...hehehe.. makan nasi, telur rebus masak kicap ngan sayur dan air masak. Lepas makan, kami pergi bilas badan, bukan mandi tau. Solat jangan lupa!!!.... Kami pOn duduk dalam kumpulan bincangkan pasal cheersong. Ketua kumpulan UDANG ialah Syukran dan penolongnya ialah Ha. Kami berkenalan antara satu sama lain, masa tu lar baru tahu yang dier satu matrik dengan kita dulu.... Rasa lawak bila terkenang balik. Kami minum petang dengan air teh dan BISKUT Pulau Bidong...hehehe Biskut nie hanya terdapat kat Pulau Bidong je tau. Nak tau rasa kesedapan dier, mai lar datang Pulau Bidong. Malam menjelma, kami masih berbincang pasal cheersong lagi. Camne nak memantapkan lagi cheersong kami... Kira-kira pukul 11mlm, kami masuk tidur. Kami tidur dalam khemah... seronok betul!!!

HARI KEDUA @ Pulau Bidong

Pagi-pagi lagi dah ada fasi kejutkan kami. Lepas solat, kami teru
s kena berkumpul. Pastu nyanyi lagu UMT dengan lagu NEGARAKU. Bila fasi nampak kami lembik jer, terus suruh buat senaman. Senaman dier agak menyeronokkan dan menyegarkan. Siap ada lagu lagi..hehehe. Hari nie, kami kene lakukan banyak aktiviti. Lepas sarapan, kami pergi JEJAK WARISAN. Aktiviti nie macam jungle traking jugak cuma sambil kami mendaki, kami dapat tengok peninggalan orang Vietnam kat sana.



Kami 'jejek' sampai lar kat tepi pantai. Sampai sana kami kena berkayak untuk balik ke tempat perkhemahan. Aku berpasangan dengan Ecah waktu kayak. Berkayak nie amat memenatkan tapi menyeronokkan.Suka sangat berkayak!!!! Macam nak berkayak lagi!!!!. Masa berkayak tu, kami dapat tengok air laut warnanya biru nak ke hijau. Cantik sangat. Rasa sejuk bila kita celupkan tangan dalam air laut.
Bila da sampai tu, kami terus pergi makan. Air teh dan BISKUT PulauBidong. Kat sini terasa nikmatnya air teh dan sedapnya BISKUT Pulau Bidong. Padahal biskut tu kat rumah p0n ada..hehehehe...
Tak habis lagi, kami terus naik bot untuk aktiviti memancing pulak. Kami pergi ke tempat yang lebih dalam, yang ada banyak ikan. Untuk buat kali pertamanya, aku memancing dalm seumur hidup tapi amat membanggakan apabila aku dapat 2 ekor ikan. Tapi ada yang antara kami yang mabuk laut, sampai muntah-muntah. Kesian aku tengok.... Ada yang sampai lembik, muka pucat. Nak memancing pon dah tak larat. Kami semua dapat ekor ikan. Agak memberangsangkan.
Balik tu, aktiviti snorkeling tengah menunggu kepulangan kami.. kami pon terus pegi buat lepas taklimat sikit dari fasi. Aktiviti nie agak menyeronokkan sebab dapat tengok ikan, batu karang dan macam-macam lagi lar hidupan laut.
Setelah semua kumpulan da siap melakukan kesemua 4 aktiviti, kami pergi makan, solat dan rehat.Setiap kali berkumpul bersama-sama mesti kena buat cheersong. Seronok sangat.
Sepatutnya, malam nie kami ada malam kebudayaan. Setiap kumpulan kena buat persembahan tapi cuaca tak mengizinkan. Angin kuat, ribut dan hujan telah melanda. Kami semua diarahkan masuk ke khemah masing-masing.
Lepas hujan reda, kami bakar ikan yang kami dapat tangkap waktu memancing tadi. Menyelerakan, padan lar waktu tu tengah lapar pon...hehehe

HARI KETIGA @ Pulau Bidong

Hari terakhir kami di Pulau Bidong. Pagi nie, ada malam kebudayaan ganti yang malam semalam punya. Pagi Kebudayaan lar kiranya. Kumpulan aku, UDANG, buat boria, KETAM, buat cheersong, JERUNG, dikir barat dan PARI, buat sketsa. Pagi tu jugak ada pertandingan kayak. Sebelum balik, kami semua kemas barang-barang kami, kutip sampah, dan kemas apa-apa yang patut dikemas. Selepas tu, ada majlis penutup dan penyampaian hadiah. Pertandingan kayak, UDANG menang, pertandingan cheersong, KETAM menang, JERUNG, kumpulan paling ceria dan PARI, menang persembahan terbaik dan tangkap iakan paling banyak.
Kami pon bersalam-salaman dengan semua fasi.



SELAMAT TINGGAL PULAU BIDONG!!!!!!!!!!
MOGA KITA JUMPA LAGI!!!!!!!!

Wassalam.............